Saturday, January 29, 2011

PRK Merlimau 6 Mac 2010

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

azlanAbdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. 

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos. 

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Friday, January 28, 2011

YB Pemalas

YB Pemalas, Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

NONEBagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Sunday, January 23, 2011

Jangan layan cara kempen Umno

Mampukah isu agama yang dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini memberi kelebihan kepada mereka dalam kempen mempertahankan kerusi berkenaan?

Atau mungkinkah pengundi, khususnya kaum Cina akan terpengaruh dengan isu negara Islam dan tindakan calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki - yang menimbulkan kebimbangan beliau tidak mesra rakyat?

azlanAtau sejauh mana kesannya 'umpan' BN itu bagi menarik sokongan 14,753 pengundi - 39 peratus atau 5,766 orang kaum Cina - agar kembali menyokong calon parti itu Mohd Azahar Ibrahim?

Sehingga kini, Pakatan Rakyat, terutamanya PAS, dilihat tidak ambil peduli tentang isu agama yang dibangkitkan.

Dalam beberapa ceramah sebelum ini, tokoh-tokoh yang diundang masih tidak melatah, apatah lagi mengulas "serangan" bertali arus BN itu.

Sebaliknya mereka mengetengahkan isu-isu setempat, khususnya masalah generasi awal dan kedua peneroka Felda bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

DUN Tenang, di Labis mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu.

Buka pejabat di Felda

Ini mendorong Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - membuka pusat khidmat mereka sendiri di sebuah Felda (Chempelak) di situ mereka.

Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469.

NONESebelum ini, isu negara Islam yang dibangkitkan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebagai tindakan "mengingatkan masyarakat Cina".

Dalam satu sidang media selepas penamaan calon semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata "ada baiknya" MCA berbuat demikian kerana sehingga kini, PAS tidak pernah menukarkan perlembagaan yagn menggariskan agenda untuk menubuhkan negara Islam.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidasnya dengan menyifatkan ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya.

hadi awang 010807Malah kelmarin, dalam ceramahnya di Felda Tenang, beliau mengingatkan bahawa "orang Melayu kena mengikut Islam, bukan ikut Melayu sahaja untuk memerintah negara ini dengan adil".

"PAS mahu membawa pemerintahan yang adil dan mengajak kawan-kawan lain bersama-sama. Sebab itu kita berpakat dengan PKR dan DAP.

"Perkara dasar, kita tidak boleh paksa untuk mengikut kita. Di sana ada perkara yang sama. Jadi kita buat bersama... Perbezaan kita raikan. Persamaan kita laksanakan," katanya tanpa merujuk dasar mana yang menjadi perbezaan itu.

Pakai sarung tangan

Reda dengan isu negara Islam, muncul pula isu Cikgu Normala tidak bersalaman dengan pengundi lelaki semasa penamaan calon serta ketika melakukan bertemu pengundi di sekitar DUN itu.

Bagaimanapun agak mengejutkan apabila dalam lawatan di Pasar Tani, Labis, hari ini, bekas guru itu memakai sarung tangan.

Ktenang by election day 1 230111 normala sudirmanemunculan pertama dengan gaya seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu itu menimbulkan tanda tanya dan mencuri tumpuan sama ada ia meerupakan strategi kempen terbarunya.

Ditanya pemberita, Normala bagaimanapun tidak mengulas secara langsung berhubung 'perubahan' imejnya itu, sebaliknya menyalahkan BN yang didakwa tidak cuba memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media yang dilihat bagi meredakan 'kebimbangan' pengundi.

Isu itu mengheret naib presiden PAS Salahudin Ayub yang menjelaskan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Jenazah pemimpin Umno

Manakala ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad turut mengingatkan agar isu ini tidak diperbesarkan oleh media kerana terdapat banyak lagi isu yang lebih besar.

Bagaimanapun, parti Islam itu boleh dilihat sepenuhnya tidak menggunakan isu berkaitan agama.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersMalah, belum pun penamaan calon semalam, portal rasminya Harakahdaily melaporkan Najib tidak mengunjungi jenazah seorang pemimpin Umno tempatan yang meninggal dunia sewaktu lawatan sehari perdana menteri di Felda pada 18 Januari lalu.

Jenazah itu dilaporkan hanya urus oleh petugas PAS. Antara yang mengunjunginya termasuklah Normala sendiri yang exco Dewan Muslimat PAS parti itu.

Persoalannya, apakah PAS akan kembali menggunakan isu sebegini secara meluas bagi 'memulangkan paku buah keras' kepada pendekatan kempen pusingan awal BN.

Atau apakah isu-isu itu akan reda jika PAS mengambil sikap "tidak layan" - yang dikatakannya sebagai "bukan isu" isu dalam pilihan raya kecil ini?   .... sumber Malaysiakini

Kefaham Islam Umno/MCA jauh ketinggalan berbanding DHPP & DAP

Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

tenang by election day 1 230111 normala sudirman"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

tenang by election day 1 230111 normala greets traders"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi".

SPR

Ketika kepanasan bahang pilihan raya kecil DUN Tenang, rakan-rakan mahasiswa kita di kampus kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya kampus (PRK) yang bakal menjelang akhir bulan Januari atau awal Februari ini.

Dalam pilihan raya umum, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebagai badan yang menguruskan pilihan raya. Mereka bolehlah dianggap sebagai badan bebas yang melancarkan serta mentadbir urusan pilihan raya.

Jika dalam pilihan raya kampus, maka yang menguruskan pilihan raya itu adalah Jawatankuasa Pemilihan MPP yang biasanya yang menjadi ketua adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peranannya sama, iaitu menguruskan pilihan raya kampus agar berjalan lancar.

Peranan

Kedua-dua badan atau jawatankuasa ini jika diperhatikan, sama tugasnya. Malah kadang-kadang turut sama 'perangainya'. Kedua-dua badan ini juga dipertikaikan kewibawaannya. Jika di luar, rakyat mempertikaikan, manakala di kampus adalah mahasiswa.

SPR dilihat seringkali menjadi alat kepada parti pemerintah (UMNO-BN), sedangkan sepatutnya badan bebas yang menguruskan pilihan raya sewajarnya tidak memihak mana-mana parti.

Misalnya, dalam ketetapan terbaru yang dinyatakan SPR ketika taklimat kepada parti bertanding di DUN Tenang bertarikh 21 Januari 2011, bahawa hanya parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan meletakkan gambar dan lambang mereka.

Selain itu, tindakan SPR memindahkan pengundi berdaftar yang majoritinya berbangsa Cina ke pusat pengundian yang baru pada 17 Januari 2011 turut memperlihatkan tindakan menyelamatkan BN yang kehilangan sokongan pengundi Cina.

Ia serupalah apa yang berlaku di kampus. Dan peranan itu diambil oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP untuk menyelamatkan calon-calon Aspirasi yang tidak disokong mahasiswa.

Misalnya di dalam pilihan raya kampus tahun lalu (2010) di Universiti Malaya, mereka memperkenalkan sistem pengundian yang baru iaitu e-voting. Dengan alasan ia lebih memudahkan pengiraan sedangkan tidak melalui perbincangan dengan mahasiswa.

Selain daripada itu, calon-calon Pro-Mahasiswa disekat daripada berkempen di kolej-kolej kediaman, dengan alasan bahawa kawasan berkempen di kolej hendaklah mendapat kebenaran pihak kolej yang mana keseluruhan pentadbir kolej adalah 'orang-orang' mereka.

Semua peraturan itu dicipta bagi memudahkan kemenangan mereka. Serupa saja apa yang dilakukan SPR kepada Pakatan Rakyat, dan HEP kepada mahasiswa di kampus.

PRK sendiri

Oleh kerana itu sejak dahulu lagi, mahasiswa menuntut agar pilihan raya kampus di universiti dikendalikan sendiri oleh mahasiswa. Bukan tidak percaya kepada pentadbiran mahupun HEP, bahkan rekod-rekod buruk mereka telah menghakis keyakinan mahasiswa kepada mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada rakyat. Mana mungkin organisasi seumpama MAFREL dan badan antarabangsa perlu turun memantau pilihan raya jikalau pilihan raya itu telus dan adil.

Saya teruja dengan pendirian Pro-mahasiswa UPM yang mendesak pentadbiran agar pengurusan pilihan raya kampus dikembalikan kepada mahasiswa. Biarlah mahasiswa yang menentukan masa hadapan politik kampus mereka.

Peringatan

Parti pemerintah pada hari ini harusnya perlu bersyukur dengan sikap dan pendirian parti dan rakyat di Malaysia. Kita masih lagi 'sopan' dan 'lembut' dalam menangani soal-soal demokrasi dan penipuan parti pemerintah.

Justeru, pengiktibaran perlu diambil daripada apa yang berlaku kepada pemerintah Ben Ali di Tunisia. Rakyat bangkit melalui revolusi, bukan lagi demokrasi. Namun apa yang lebih membanggakan, ia dicetuskan oleh seorang mahasiswa atau anak muda yang membakar dirinya kerana kenaikan memeritkan harga barang.

Mungkin pilihan raya kampus akan datang ini medan menukarkan demokrasi kepada revolusi, andai jalan demokrasi disekat lagi? Ayuh bangkit anak muda dan mahasiswa!
 

Thursday, January 20, 2011

PR jumpa SPR

Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan khas dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya, jam 3 petang, bagi membincangkan lima perkara penting.


Perkara-perkara yang akan dibincangkan itu termasuklah cadangan undi proksi oleh SPR, persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun, isu-isu lalu yang belum selesai termasuk undi pos dan pendaftaran pemilih.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, selain itu, dalam pertemuan itu juga akan turut dibincangkan tentang penubuhan kem askar wataniah seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan peraturan-peraturan baru bagi perjalanan pilihanraya yang akan diperkenalkan oleh SPR.

Menurut beliau, perkara-perkara itu perlu dibincangkan bagi melahirkan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bebas menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

"Pertemuan itu adalah susulan dari surat yang telah saya hantar kepada SPR pada 17 Januari lalu bagi mewakili Pakatan Rakyat. Surat saya itu telah dijawab oleh SPR dan pertemuan itu pula tetap ditetapkan sendiri oleh pihak SPR pada hari dan waktu itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan diwakili 2 orang wakil setiap parti, manakala PAS akan diwakili oleh beliau sendiri dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Perbincangan tentang undi proksi seperti yang dicadangkan oleh SPR, katanya, perlu diadakan kerana ia dilihat boleh mengganggu perjalanan pilihan raya yang telus, adil dan bebas seperti yang kita ingini dan disebut oleh SPR sendiri.

"Undi adalah rahsia. Tapi bila buat proksi atau wakil, ia tidak lagi menjadi rahsia. Selain itu, proksi itu pula mungkin bukan orang sebenar, tetapi yang menerima upah. Dibimbangi juga kalau-kalau undi proksi itu pengundi hantu. Jadi, banyak pihak yang tak senang dengan cadangan untuk adakan undi proksi.

"Bagi pihak Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat sememangnya menolak undi proksi kerana ia sebenarnya bercanggah dengan demokrasi," katanya.

Perbincangan tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi kerusi Parlimen dan Dun, menurut beliau, perlu diadakan kerana persempadanan semula kawasan pilihanraya sudah lama tidak diadakan iaitu sejak tahun 2003, terutama bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

"Sedangkan mengikut peraturan, persempadanan semula patut dilakukan sehingga tempoh 8 tahun. Jadi, ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh SPR yang akan turut kami bangkitkan dalam pertemuan itu nanti," jelasnya.

Menyentuh tentang isu-isu lalu yang belum selesai, antara lain, beliau akan memberikan pandangan kepada SPR agar pihak SPR melakukan pendaftaran secara langsung terhadap pemilih, dengan kaedah perhubungan langsung antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan cara itu bukanlah bermaksud memaksa orang mengundi, tetapi memudahkan mereka mengundi kerana dapat mengatasi masalah para pengundi yang berkelayakan menjadi pengundi tercicir dari daftar pemilih.

Katanya, perbincangan tentang cadangan Datuk Zahid untuk menubuhkan kem askar wataniah pula perlu dilakukan bagi mengelakkan parti pembangkang menjadi mangsa.

"Ini kerana kewujudan kem itu mungkin akan turut melahirkan undi pos yang lazimnya menguntungkan BN sendiri," tegasnya.

Kini, jelas beliau, turut kedengaran cadangan dari SPR untuk melaksanakan beberapa peraturan baru bagi pilihanraya termasuk pada pilihanraya kecil Dun Tenang 30 Januari ini.

"Kita ingin tahu apakah peraturan-peraturan baru yang ingin diperkenalkan oleh SPR itu. Dengan itu bolehlah kita bincangkan dengan lebih jauh untuk kepentingan semua pihak," katanya.

Sunday, January 16, 2011

Peranan Bloggers Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.
Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.

“Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.

Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.

Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.

“Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.

“Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan,” katanya.

Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.

Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.

“Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.

“Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi,” ujarnya.

Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.

“Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.

“Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi,” ujarnya lagi.

Sunday, January 9, 2011

Mengatasi Kekuatan Umno

SUBANG, 9 Jan: Datuk Abu Bakar Chik mengingatkan semua pendukung PAS supaya sentiasa berusaha menguatkan parti bagi mengatasi jentera Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Ini, katanya kerana PAS lazimnya akan menentang calon Umno yang mewakili BN di kawasan majoriti Melayu pada setiap kali pilihan raya.

“Kita kena atasi kekuatan Umno sebab kita bertanding di kawasan Melayu,” ujarnya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Program Motivasi Jentera Pilihan raya Dun Kota Damansara di Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Perdana malam tadi.

Beliau menambah, ini bertepatan dengan hasrat parti yang bersedia untuk menggantikan Umno pada PRU 13 nanti.

Katanya, semua peringkat organisasi parti perlu menjaga kekuatan masing-masing.

“Kita bina kekuatan parti kita mengikut dasar dan polisi parti,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Justeru, tegasnya, kekuatan yang ada pada perjuangan PAS tidak perlu diragui oleh seluruh ahli.
“Jangan ragu-ragu dengan perjuangan kita kerana kekuatan kita juga adalah kekuatan Islam dalam negara ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya seluruh jentera parti perlu berusaha keras bagi menghadapi PRU 13 dengan membuat perancangan secukupnya dan strategik bagi mencapai kejayaan.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang sering mengkritik kepimpinan tanpa mengikut saluran yang betul.

Katanya, sikap sedemikian bukan sahaja boleh merosakkan jemaah sebaliknya membawa kejatuhan kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai.

Saturday, January 8, 2011

Untungnya Rosmah

Tengoklah betapa untungnya wanita pertama Rosmah ini, beliau pergi oversea pakai duit rakyat untuk kepentingan siapa, entah siapa pun tak tahu. Pengiringnya pulak sampai 20 orang.

SEPANG 8 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi, hari ini, untuk lawatan selama tiga hari.

Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas pada pukul 2.30 petang tadi melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Di Arab Saudi, beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh.

Rosmah juga akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Selepas Arab Saudi, Rosmah dijadual untuk melawat Oman selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari. - Bernama

Tuesday, January 4, 2011

Dr Asri : Cadangan bunuh ADUN Sri Muda amat hina

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Sunday, January 2, 2011

Khusrin & Malayan Union

Parti Islam SeMalaysia PAS berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri

PAS hendak mengigatkan kerajaan pusat,  Negeri Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.

Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan

PAS merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. PAS hendak mengingatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat