Sunday, April 1, 2012

Seperti diduga

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.
Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.
“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.
“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir (gambar) kepadaThe Malaysian Insiderdalam temuramah eksklusif minggu lalu.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Bukan kerana pembangkang bagus. tidak, mereka banyak kelemahan. Adakah mereka menunaikan janji mereka? Tidak.
“Namun pengundi bandar adalah sangat berbahaya di negeri-negeri ini. Masalahnya adalah menjadikan Umno terlalu dominan ... mungkin akan hilang negeri ini,” katanya.
Sementara Umno melakukan segala tugas BN akan menjadikan pengundi bukan Melayu seperti tidak berkuasa akan menyebabkan kurangnya sokongan kepada kerajaan.
“Saya belajar dari kesilapan saya. Menjadikan Umno terlalu dominan dalam BN adalah tidak baik. Kepimpinan negara perlu mempunyai strategi lain.
“Lihat PAS, mereka lebih berbahaya daripada Umno tapi bukan Melayu tetap menyokong mereka, kenapa? Kerana mereka tidak dominan dalam Pakatan,” tegas Khir.
Pemimpin Umno itu turut mengeluh kerana adalah sukar untuk mengukur sokongan terhadap BN daripada bangsa, dan menyalahkan parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan kerana tidak cukup agresif.
Isu lain menurutnya adalah masalah pertuturan antara pengundi bukan Melayu dan Umno.
“MCA, MIC sepatutnya turun padang dan bercakap dengan pengundi. Umno sudah lakukannya untuk Melayu.
“Bila Umno cuba untuk berkomunikasi dengan bukan Melayu, kadangkala berlakunya halangan dari segi bahasa, contohnya, di bandar, mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris, tapi sesetengah pemimpin Umno tidak dapat memahaminya,” tambahnya lagi.
Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.
“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.
“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.
Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.
“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.
“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”
Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

Friday, February 17, 2012

Apakah sumbangan anda untuk PRU13

Apakah sumbangan yang anda dan ahli PAS boleh lakukan untuk kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

Abang Mat:

Saya nasihatkan setiap ahli PAS hendaklah berjumpa untuk besembang, berdialog dengan bukan ahli PAS dan mengajak mereka membuat perubahan.

Dengan memberikan contoh-contoh penyelewengan dan korupsi kerajaan BN, kita sama-sam memberitahu mereka untuk selamatkan negara dari muflis dan gantikan dengan negara berkebajikan.

Saya juga sarankan agar ahli PAS menggunakan Buku Jingga dan Negara Kebajikan terbitan PAS untuk mendekati mereka.

Sementara itu, saya akan memokuskan usaha bersama parti PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengeratkan perpaduan antara parti dan ahli untuk berusaha membentuk kerajaan persekutuan dengan mengalahkan kerajaan BN di PRU-13 dan menzahirkan good governancedalam  pemerintahan negeri dan juga persekutuan.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man:

PRU ke 13 adalah pilihanraya paling penting dalam perkembangan politik  negara kerana  umum akan melihat sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kemenangan di negeri yang telah dimenangi, serta perkembangan politik di negeri yang belum dimenangi.

Perubahan mood rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta pola politik dijangka mengalami perubahan menjelang PRU akan datang. Senario ini menuntut peranan semua pihak bagi memastikan BN tumbang dalam PRU ini.

Antara peranan yang boleh dimainkan ialah meningkatkan daftar pemilih pengundi baru dan membantu dalam memastikan pengundi luar khususnya di Lembah Klang kembali untuk mengundi pada hari pengundian nanti.


Di samping itu, rakyat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku yang mempunyai implikasi langsung ke atas rakyat, samada penyelewengan dana negara dalam isu NFC, teguran audit negara dalam pengurusan kewangan, isu Lynas, SPBA, penyenaraian Felda, penyalahgunaan dana zakat, dan lain-lain.

Insya Allah semua ini dapat dilakukan saya bersama dengan jamaah PAS.

Ustaz Nasrudin:

Kejayaan dan kemenangan adalah suatu yang sangat didambakan, justeru itulah kita berjuang saban waktu tanpa henti.  Kejayaan dan kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kerja kuat dari pimpinan dan anggota parti.

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam telah mengambil manafaat melalui ruang demokrasi lalu menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 untuk menggerakkan kebangkitan rakyat melakukan perubahan secara aman di dalam negara tercinta ini.

Langkah berkesan ke arah memenangi pilihanraya terbahagi kepada 2 kategori utama.


Pertama: Kekuatan dalaman - hubungan erat dengan Allah s.w.t, mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama ahli parti dan memiliki kekuatan strategi yang berkesan dan praktikal

Kedua: Kekuatan Luaran: - Sentiasa mempamerkan akhlak yang baik dengan sesiapa pun;
'update' dengan perkembangan semasa supaya mampu menguasai dan menjuarai isu rakyat; serta membina jaringan dan hubungan luar dengan pelbagai pihak yang melibatkan individu, ngo, parti-parti politik dan juga jaringan di peringkat antarabangsa.

Antara apa yang paling penting juga ialah mengurus persepsi namun dalam masa yang sama teguh bersama prinsip perjuangan. Saya suka dengan penegasan yang selalu digunakan oleh al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Nor iaitu bersifat futuristik dalam perancangan, kontemporary dalam pendekatan dan fundamental dalam prinsip perjuangan.


Ustaz Nik Zawawi:

Ahli PAS dan saya boleh menyumbangkan tenaga dengan membantu parti untuk mengumpul dana sebanyak mungkin menjelang PRU-13.

Di samping itu, saya dan ahli PAS juga harus membantu parti dengan memperbanyakkan kempen berstrategik dengan turun ke padang dan berdialog dengan sasaran pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di ibukota.

Selain itu, ahli PAS dan saya juga perlu mengeratkan hubungan PAS dengan NGO dan kerajaan negeri agar perjalanan kempen parti dapat digerakkan dengan lebih lancar dan bantuan luar yang tidak diduga.- harakahdaily

Tuesday, February 14, 2012

Seloka buat si asan ali


Saya terbaca karya berikut dari blog A mum of 3 Mohd. Kelakar dan kreatif:

Dia dibuai mimpi indah
Mimpi mau menjadi embi

Fulamakk.. !!
Semua tak layak kecuali aku
Aku jer yang layak jadi embi

Tup-tup.....
Oh no... aku hanya bermimpi
Aku hanya seorang EXCO jer...
Apa sudah jadi??
Ini tak boleh jadi..
I want to be an Embi!!
Aha... kalau PAS berpadu dengan UMNO
I got the chance to be Embi, what??

Berkhalwat ler dia dalam gelap dengan UMNO
Demi bangsa Melayu dan demi agama Islam
Kerajaan Perpaduan mahu diwujudkan.
Yaahoo... Peluang untuk jadi Embi terbuka lagi
Ada chance aku!! Ada chance aku!!
Fulamakk.. YAB Datuk Asan Jati.

But wait.... dengar suara tu.
No Kerajaan Perpaduan!! No Kerajaan Perpaduan!!
Jerit akar umbi dan yang bencikan UMNO
Berkahwin dengan UMNO tak sior kami!!
Kami mahu bersama Pakatan Rakyat untuk 'bunuh' UMNO
UMNO mesti tumpor!! UMNO mesti tumpor!!

Frust menongeng si Asan Jati!!
Kecewa... Sakit hati...
Lantas si Asan Jati mula atur strategi
Bagi menjayakan agenda diri
Gunakan JAIS... lancarkan strategi
Islam diperguna sebagai landasan serangan
Gilerr Asan Jati!!

Serbu sana serbu sini
Tak dak runding... tak dak bincang....
Terjah !! Redah!! Sondol!!
Ya Allah... inikah cara pakar motivasi berdakwah??
Membetulkan akidah umat Islam...
yang kononyer sedang parah??
Astaqfirullah...

Dia menjadi lebih Melayu dari Melayu
Don't play... play...
Dia sorang sajalah pencinta Islam sejati
Taatnya pada raja, tak sapa lagi....
Lebih UMNO daripada UMNO jadinyer dia
Asan Jati....Asan Jati...
Kerana tak dapat jadi Embi... sampai jadi begitu sekali??

Setelah terpecat... dia meroyan, dia gilerr babi.
Menyalak ke sana, menyalak ke sini
Aku dipecat kerana, bla .. bla... bla...
Salahkan orang tu, salahkan orang ni
Tapi tidak.... dirinya sendiri.

Riaknya terserlah... angkuhnya menyerlah
Kalau bercakap tak saper lagi lah...
Ciittt!! Mulut jamban!! Mulut neraka!!
Apa yang terhambur keluar busuk-busuk belaka
Eeiyaa.... Busuknya hati si Asan Jati!!

Dek kecewa tak dapat jadi Embi...
Dek terkejut akibat dipecat..
Dek terlucut segala jawatan
Meranalah hati si Asan Jati
Siapalah kini dia....
Huhuhuhu... He's nobody.

Lantas.. tetiba dia tersedar.
Tersedar, kononnyer Pakatan Rakyat itu bahaya besar
Habislah Islam!! Habislah Melayu!! Habislah Raja-raja Melayu!!
Hahahahaha...
Don't worry. Asan Jati is here to save you!!

Kah kah kah kah kah...
Asan Jati... Asan Jati...
Kau ingat orang akan terpedaya dengan propaganda murahan kau tu??
Sori ler pakcik... kami generasi celik IT.
Well informed. We know siapa you.
Parasit tak guna, pelesit durjana
Itulah karektor sebenar, si Asan Ali.

Keliling negeri mencerca orang.
Sambil mencerca, mencari simpati
Harapan dapat raih sokongan
Kesian... dia kini keseorangan
Akar umbi lari, para pemimpin jauhkan diri
Bahaya.... Bahaya...
Asan Jati sudah gila babi
Sudah hilang maruah diri.

Dia sakit hati, dia iri hati
Yang paling dia jaki... Khalid Samad
Kerana tak sokong dia jadi Embi
Yang paling dia benci...
Khalid Ibrahim..... Embi terkini.
Kerana Khalid ler, dia tak dapat jadi Embi

Serangan dia dibalas Khalid
Ditambah pulak dik Husam Musa
Semua sepakat dan sependapat
Dia meroyan sabotaj parti...
Kerana kecewa tak dapat jadi Embi!!!

Dia kata... Eh, mana bukti??
Mana bukti aku meroyan nak jadi Embi??
Kita kata... pigiraaahhh!!
Orang gila takkan mengaku dia gila
Biarkan dia!! 
Usah dilayan orang gila
Usah kita layan meroyannyer

Biarkan... Biarkan...
Ibarat buah busuk... lama kelamaan jatuh sendiri
Gedebub.... tergolek ke bumi. Innalillah....
Jam tu....
Tak siapa akan endahkannya.
Aha... Padan muka!!

Sunday, December 11, 2011

Analisa PRU 12, 2008, Sejarah Perang Proksi Bermula

aby Sheih on December 9, 2011


Sebenar-benarnya, tiada kerusi yang selesa di dalam PRU 12. Hampir di keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia menyaksikan kemuncupan undi yang diterima dan undi majoriti kemenangan.
Adakah UMNO tidak pernah menjangkakan ini akan berlaku di dalam PRU 12 tersebut? Mimpi apa yang mengulik mereka saat itu hingga tidak terjaga oleh kebisingan keluhan rakyat. Itulah bahananya mempunyai kepimpinan yang asyik tidur. Mana mimpi dan mana realitipun sudah tidak dapat lagi dibezakan. Hulubalang di dalam UMNO pula lebih sibuk mengampu Abdullah Ahmad Badawi sekeluarga daripada mengatur langkah di medan juang. Akibatnya, keputusan terbaik BN pada 2004 bertukar menjadi keputusan paling ngeri di dalam sejarah BN.
Di konstituensi Parlimen pemilih Melayu melebihi 50%, BN UMNO hanya menang 31 kerusi dengan majoriti melebihi 20%. 17 kerusi itu dimenangi dengan menewaskan PAS, 13 menewaskan PKR dan 1 menewaskan PRM. BN GERAKAN menang 2 menewaskan PAS Manakala MCA menang 3 menewaskan DAP.
Bagi pembangkang pula, PAS menang 4 kerusi dengan kesemuanya menewaskan UMNO. PKR menang 2 dengan menewaskan UMNO dan MCA.
Carta-carta berikut menjelaskan keadaan sepenuhnya.
Di dalam konstituensi Parlimen pemilih Bukan Melayu melebihi 50% pula, BN hanya menenangi 4 kerusi Parlimen dengan majoriti selesa melebihi 20%. BN UMNO menenangi 1 kerusi menewaskan PKR manakala parti komponen Bukan Melayu dalam BN hanya menang 3 kerusi. Kesemua 3 kerusi itu dimenangi oleh MCA dengan masing-masing menewaskan DAP di Kulai dan menewaskan PAS di Tebrau. Kedua-dua konstituensi ini di Johor. Kerusi terakhir yang dimenangi selesa oleh MCA pula ialah di Bentong, Pahang menumpaskan PKR.
Bagi pembangkang pula, DAP menang 19 kerusi dengan majoriti selesa 20% atau lebih, PKR menang 1 dan PAS menang 1.
Carta-carta berikut menjelaskan keadaan sepenuhnya.
Secara keseluruhannya, UMNO menang 13 kerusi Parlimen di Johor dengan majoriti selesa melebihi 20%, dan Johor dalam 2008 terus kekal sebagai sebagai kubu kuatnya. MCA juga menang 4 kerusi parlimen dengan majoriti lebih 20% di Johor. Prestasi terbaik bagi DAP pula ialah di Pulau Pinang dengan memenangi 6 kerusi dengan selesa. Di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pula DAP menang 4 kerusi dengan selesa di setiap negeri tersebut.
PAS pula menang selesa di 3 kerusi di Kelantan dan masing-masing 1 di Perak dan Selangor.
Majoriti kemenangan 20% dalam PRU 2008 dianggap sebagai satu majoriti yang selesa dan sukar berubah di dalam PRU akan datang. Ini kerana setakat ini masih belum terdapat indikasi jelas menunjukkan perubahan mendadak sokongan pemilih kepada BN atau Pakatan Rakyat. Rata-rata dirasakan prestasi BN di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung, terutama di kawasan pemilih Melayu melebihi 50% akan bertambah baik tetapi tidak sebaik PRU 2004.
Bagi pembangkang pula sehingga kini belum ada indikasi jelas bahawa kekuatan mereka semakin bertambah, sebaliknya selepas kejayaan cemerlang dalam PRU 2008, mereka terus dirundung kontroversi demi kontroversi yang tidak menasabah menyebabkan indikator mereka semakin ke bawah. Namun begitu, dirasakan prestasi mereka tidak akan seburuk PRU 2004. Bagaimanapun pembangkang mempunyai kelebihan dari segi kejayaan mendaftarkan pemilih baru dan kejayaan mengumpulkan kekuatan dikalangan bukan Melayu.
Walaupun secara keseluruhannya jumlah undi popular yang bakal di perolehi oleh pembangkang akan merosot tetapi ini tidak sekali-kali akan memberi kesan keseluruhan kepada jumlah kerusi yang akan mereka perolehi. Tambahan pula kekuatan pembangkang ialah terhadap perbezaan ideologi dan varieti kepimpinan yang niche terhadap konstituensi-konstituensi tertentu. Ketidak-seragaman ini akan menjadi kelebihan yang sukar ditandingi oleh BN yang lebih seimbang ideologi dan perjuangannya.
Di dalam erti kata lain, PAS walau gagal mengaut sokongan majoriti Melayu di kawasan pengundi Melayu boleh menang dengan sokongan DAP dan DAP boleh menang dengan sokongan PAS dalam pertembungan satu lawan satu dengan MCA, GERAKAN atau MIC. Inilah Perang Proksi.
Di manakah medan Perang Proksi ini? Medan perang proksi ini ialah di konstituensi-konstituensi di mana kemenangan sesebuah parti dalam PRU 12 lalu kurang dari 20% undi.
Di Semenanjung Malaysia jumlah medan itu ialah sebanyak 97 buah konstituensi Parlimen.  Di dalam PRU 2008 lalu, BN UMNO menang 33 kerusi dengan majoriti kurang 20%, BN MCA 11, BN MIC 5, BN GERAKAN 4.
PAS pula menang 20 kerusi Parlimen dengan majoriti undi kurang 20%, PKR 18 dan DAP 6.
Berikut adalah carta-carta yang berkaitan.
Perang Proksi – Bagaimana DAP Tewaskan Melayu

Husam Musa, Naib Presiden PAS, pakar hubungan Melayu-Cina
DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.
Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.
Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.
Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.
Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.
DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.
Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.
Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.
Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.
Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.
DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.
Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.
DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.