Tuesday, November 29, 2011

Umno semakin kacau bilau

Nazri Abdullah   (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar ‘perkauman melampau’ parti itu.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan ‘meracau’ dan diambang kehilangan kuasa.
“Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.
“Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan” katanya kepada Harakahdaily.
Dalam kenyaatan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja… mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.
“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian… dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.
Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.
“Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.
“Ini juga bukti ‘banyak kepala’ dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini” kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.
Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.

Bil perhimpunan awaw - lulus juga akhirnya

Monday, November 28, 2011

Mengapa Pakatan sukara tawan Putrajaya

 Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

ng chak ngoon complain to psc 271111Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai
seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng  di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut.

Wednesday, November 16, 2011

Skandal lembu oleh lembu

Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.


2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.


3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.


NONE
4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.


Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.



Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

DS Najib amat popular pada ketika ini

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

pakatan convention 191209 three parties leadersSelain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIA menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
   
Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

NONEKajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.  

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.  

NONEAzrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.