Saturday, November 13, 2010

Zaid, tiada siapa nak kutip

Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno.

"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah.

"Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya lagi.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan Umno dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.

No comments:

Post a Comment